AKTIVITI-AKTIVITI MIMATES

06:31

JELAJAH MATRIKULASI : KMPP



Baru-baru ni, satu program telah dilaksanakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang di-handle oleh para pensyarah school. Berikut merupakan laporan program tersebut :




Kepala Batas, 17 Februari 2017- Penyampaian hadiah untuk pemenang dan peserta Pertandingan Menulis Esei bagi pelajar matrikulasi telah diadakan di Dewan Kuliah 1, Kolej Matrikulasi Pualau Pinang (KMPP). Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua jabatan KMPP. Manakala Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) telah diwakili oleh Prof. Dr Ahmad Fauzi Mohd Noor, Prof Ir. Dr Mariatti Jaafar, Dr Shah Rizal Kasim, Dr Khairul Anuar Shariff, Dr Zuratul Ain Abdul Hamid, Dr Harieyani Zabidi dan En Muhammad Sofi Jamil. Seramai 12 penyertaan telah diterima dari KMPP. Di samping upacara penyampaian hadiah dan sijil, sesi taklimat promosi program Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Sumber Mineral dan Kejuruteraan Polimer yang ditawarkan oleh PPKBSM turut diadakan.  Semoga promosi yang diadakan ini dapat menarik minat pelajar untuk memohon kemasukan ke program-program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang ditawarkan oleh PPKBSM. 













KEJURUTERAAN SUMBER MINERAL

00:03

Malaysia pada dahulunya terkenal dengan pengeluar tin terbesar di dunia pada tahun 1980-an.Tanpa kita sedari,terdapat pelbagai sumber mineral yang terkandung di negara kita.Emas,bijih timah,logam,batu kapur,dan arang batu merupakan sebahagian sumber mineral yang terdapat di Malaysia.Pada masa akan datang,Malaysia akan kehilangan sumber yang bernilai ini jika tidak diuruskan dengan sempurna ( SCARYYYY!!!)

Oleh itu,Universiti Sains Malaysia telah memperkenalkan program Kejuruteraan Sumber Mineral. Program ini unik kerana USM merupakan satu satunya universiti yang menawarkan program sedemikian di Malaysia (YESSS! ANDA TERSANGATLAH RAREEEEE!!)

Menjadi satu kebiasaan apabila ramai di antara kita tidak mengetahui kewujudan program ini. Jadi,artikel ini akan menerangkan sedikit sebanyak mengenai kursus yang ditawarkan oleh USM iaitu Kejuruteraan Sumber Mineral.

Pada masa kini,industri terkemuka memerlukan khidmat jurutera yang berkemahiran tinggi untuk meningkatkan ekonomi dan pengeluaran mereka dalam menguruskan lombong dan kuari.Oleh itu,permintaan industri dan peluang pekerjaan amatlah tinggi untuk graduan yang mengambil program ini.

Raub Australia Gold Mine,Petronas Carigali Sdn Bhd,Selinsing Gold Mine Manager Sdn Bhd dan Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd merupakan syarikat yang memerlukan graduan yang mengambil program ini.Kebanyakan para pelajar akan ditawarkan bekerja di syarikat-syarikat besar sebelum mereka bergraduasi.Dipendekkan cerita,tiada istilah ‘menganggur’ (melainkan kalau korang memang saja-saja menganggurkan diri anda/menggagalkan diri sewaktu belajar. huhuhu) untuk mereka yang memilih program kejuruteraan sumber mineral di USM.

Para mahasiswa akan dibekalkan dengan pelbagai pengetahuan seperti pemprosesan mineral,kejuruteraan perlombongan,geologi dan sebagainya.Program ini melibatkan banyak latihan dan pembelajaran di luar kampus.Pelajar juga akan didedahkan dengan kawasan perlombongan dan kuari melalui ‘site visityang kerap kali dijalankan setiap semestar.Oleh itu,Pelajar yang kurang gemar bekerja di dalam pejabat dan menyukai pekerjaan yang lasak disarankan mengambil program ini.


Program ini juga tidak hanya memfokuskan kepada pekerjaan seperti mining engineer sahaja.Terdapat pelbagai cabang pekerjaan yang boleh diceburi seperti mineral processing engineer, quarry engineer, blasting engineer, plant engineer, mine or quarry manager, drilling engineer dan,research engineer.

Sampai sini saja maklumat yang diberi, kalau nak lagi best, apply la jurusan ni!!








KEJURUTERAAN POLIMER

00:03

Assalamualaikum dan Hi Guys !!!


Post ni ditulis istimewa especially for those yang nak sambung pengajian di USM especially, USM Engineering. Sangat disyorkan kat hampa semua untuk ambik kursus KEJURUTERAAN POLIMER kat USM Engineering ni.

POLYCARBONATE?? POLYAMIDE?? POLYSTYRENE??

Mesti hampa semua dah biasa dengaq term term macam ni kan kat asasi atau matrikulasi sebelum ni kan?? So,hampa semua TAK PERLU NAK RISAU lagi pasai kursus ni. Nanti bila hampa masuk kat sini hampa semua akan belajar dengan lebih details lagi pasai polymer ni.

 Hampa boleh tau macam mana cara nak hasilkan semua barangan yang berasaskan polymer ni.

“ermm ada contoh aplikasi polimer di kehidupan seharian kita tak?”

 MESTILAH ADA UOLLSS !!!

CONTOHNYA BAJU,BOTOL AIR,PLASTIK dan macam macam lagi lahh. MEMANG BEST dan TAK RUGI kalau hampa pilih kursus ni.

 Sekali lagi aku tegaskan kat sini hampa semua JANGAN RISAU dan JANGAN FIKIR kursus ni susah untuk hampa nak score. Bak pepatah orang Arab, man jadda wa jadda. Siapa yang berusaha, pasti akan Berjaya. Tiada benda yang senang di dunia ni, tapi bukan semua benda susah.


Tapi serius wehhh when hampa semua study pasai polymer ni hampa akan jumpa semua benda benda yang unik. Semua benda benda yang hampa tak pernah jumpa dan tak pernah tau sebelum ni. Dan juga hampa akan tau banyak term polymer yang pelik pelik lepas ni. Dan lagi satu yang paling penting peluang pekerjaan juga cerah di mana mana industry

Polimer ni senang cerita seluruh pelusuk dunia perlukan untuk buat macam macam. Okaylahh meh bagi contoh sikit industry yang SANGAT-SANGAT memerlukan polimer ni.

     Firstly,industry pembuatan tayar.. Nak buat sebijik tayar tu diorang perlukan getah and getah tu adalah salah satu bahan polimer yang sangat penting untuk buat tayar. Selalunya company company macam DUNLOP,MICHELIN dan seangkatan dengannya terlibat dalam industry ni.

    Next, hampa semua pernah tengok tak cip dalam computer,telefon atau kat mana mana board elektronik?? Hampa tau dak cip tu dibuat dengan apa? Sudah tentu dengan bahan semikonduktor (SILICON) iaitu salah satu jugak bahan polimer yang sangat penting dalam industry teknologi. Antara company yang hampa boleh kerja nanti macam INTEL, AMD dan sebagainya… So tak perlu nak risaulah pasai kerja.. InsyaAllah peluang pekerjaan dalam bidang ni sangat cerah dan sangat flexible untuk hampa semua… Actually ada banyak lagi kegunaan polimer ni dalam pelbagai industry.. Cukuplahh dua dulu bagi contoh.. Yang lain lain kalau hampa nak tau hampa kena la join kursus KEJURUTERAAN POLIMER ni ye…huhuhuhu… 4 tahun kot.. Macam macam hampa boleh explore dan belajar… Yang penting hampa semua score elok elok dan dapatkan pointer yang GEMPAK setiap semester..

Okay lahhh.. Setakat ni jaa la DULU kenal kan pasai KEJURUTERAAN POLIMER ni.. Harap adik adik yang baca blog ni boleh pertimbangkan betul betul untuk pilih kursus ni kat USM Engineering yeee… Goodluck !!! Terima kasih semua !!

Poster Jurusan Kejuruteraan Polimer





KEJURUTERAAN BAHAN

23:56

Hahh untuk post kali ni kita akan bincangkan tentang Materials Engineering ( Kejuruteraan Bahan). Seperti biasa, walaupun course ni jarang orang dengar tapi sebenarnya boleh dikatakan course ni ada ‘market’ di luar sana. Universiti lain pun ada tawarkan kos ni, contohnya, Universiti Malaysia Perlis. Walau bagaimana pun, USM merupakan ‘pioneer’ dalam course ni di Malaysia. Gempak kan.

Program ni sebenarnya fokuskan terhadap bahan-bahan ( nama pun Kejuruteraan Bahan =) ) seperti :-


-          Metal
-          Ceramic
-          Composite
-          Polymer
-          Semiconductor
-          Electronic materials

Korang jangan risau, course ni diiktiraf secara local dan juga international. Maksudnya, kalau korang nak kerja dekat LUAR NEGARA PON BOLEHHH!!

“ermm peluang kerja dalam bidang ni banyak ke?”

Kalau ada soalan macam tu yg berlegar dalam kepala korang, usah risau! USM telah melahirkan ramai graduan yg berjaya dalam course ni. Korang memang akan mempunyai cabang kerja yang TERAMAT LUAS.

Kalau tak percaya, ni nak bagi satu contoh dekat korang. Sekarang ni korang tengah baca blog ni guna apa? Mesti guna phone/laptop kan? Jadi bila kita bedah phone/laptop tu, berapa banyak komponen yang korang boleh nampak? Banyak kan. Jadi kita sebagai student Kejuruteraan Bahan, akan tentukan bahan yg digunakan untuk buat komponen tersebut. Sebab tu la ada student dalam bidang ni yg boleh kerja dengan Intel (Intel kot!!!! Company besar tu!!!)

Kita ni macam menambah baik properties of material la senang cerita. Sebenarnya boleh kaitkan dengan banyak benda lagi, sebab kerusi yg kita sedang duduk ni pun merupakan material.


Banyak je lagi peluang kerja korang kalau ambil kos ni, tapi kalau korang nak tahu kena la masuk USM kejuruteraan dulu dan ambil course KEJURUTERAAN BAHAN 😁😁







PENGENALAN

06:52

Mineral & Material Engineering Society (MIMATES) dikenali sebagai sebuah persatuan pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan. MIMATES telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pelajar Pusat Pengajian Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM). Berikut merupakan objektif utama penubuhan Persatuan MIMATES :






  • Menjadi salah satu institusi pusat pengajian yang menggerakkan, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraaan bekerja sesama ahli-ahli yang lain.
  • Mewujudkan graduan universiti yang seimbang dan cemerlang dalam segala aspek.
  • Menggalakkan semua ahli cenderung dalam aktiviti sosial dan masyarakat bagi meningkatkan nilai-nilai murni dalam diri.
  • Menjalinkan hubungan dan kerjasama yang baik dengan badan dan pertubuhan lain di universiti.


Hah! Itu kalau bahasa yang di copy paste sebijik dari laman web USM. Tapi kalau korang semua nak bahasa yang lebih mudah untuk difahami, korang boleh baca ayat dibawah :-

Okay MIMATES ni sebenarnya satu persatuan yang berada di bawah kelolaan school paling RARE dekat USM kejuruteraan ni. Okay, mesti korang pening pulak kan apa itu school? School ni bukannya sekolah yer adik-II sekalian. School ni macam fakulti la dalam bahasa mudah dia, tapi school ni istimewa sikit sebab dia specialize terhadap sesuatu bidang kejuruteraan yang terdapat di USM.

Okay fokus dekat MIMATES balik! MIMATES bermaksud Mineral Resources and Material Engineering Society. Ini merupakan persatuan rasmi untuk school kita yg mana ahli-ahlinya pun terdiri daripada pelajar yang mengambil jurusan di bawah school.

“Errmmm macam mana kalau saya dapat polymer engineering? Saya layak atau tak untuk jadi ahli MIMATES?”

Kepada sesiapa yg ada soalan macam di atas, jangan risau! Korang pun boleh jadi ahli MIMATES sebab polymer engineering pun merupakan jurusan yg ditawarkan under school kita.

Jadi itulah pengenalan sedikit terhadap apa itu MIMATES. Diharap anda semua dapat gambaran awal mengenai society ini =)



Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images