KEJURUTERAAN BAHAN

23:56

Hahh untuk post kali ni kita akan bincangkan tentang Materials Engineering ( Kejuruteraan Bahan). Seperti biasa, walaupun course ni jarang orang dengar tapi sebenarnya boleh dikatakan course ni ada ‘market’ di luar sana. Universiti lain pun ada tawarkan kos ni, contohnya, Universiti Malaysia Perlis. Walau bagaimana pun, USM merupakan ‘pioneer’ dalam course ni di Malaysia. Gempak kan.

Program ni sebenarnya fokuskan terhadap bahan-bahan ( nama pun Kejuruteraan Bahan =) ) seperti :-


-          Metal
-          Ceramic
-          Composite
-          Polymer
-          Semiconductor
-          Electronic materials

Korang jangan risau, course ni diiktiraf secara local dan juga international. Maksudnya, kalau korang nak kerja dekat LUAR NEGARA PON BOLEHHH!!

“ermm peluang kerja dalam bidang ni banyak ke?”

Kalau ada soalan macam tu yg berlegar dalam kepala korang, usah risau! USM telah melahirkan ramai graduan yg berjaya dalam course ni. Korang memang akan mempunyai cabang kerja yang TERAMAT LUAS.

Kalau tak percaya, ni nak bagi satu contoh dekat korang. Sekarang ni korang tengah baca blog ni guna apa? Mesti guna phone/laptop kan? Jadi bila kita bedah phone/laptop tu, berapa banyak komponen yang korang boleh nampak? Banyak kan. Jadi kita sebagai student Kejuruteraan Bahan, akan tentukan bahan yg digunakan untuk buat komponen tersebut. Sebab tu la ada student dalam bidang ni yg boleh kerja dengan Intel (Intel kot!!!! Company besar tu!!!)

Kita ni macam menambah baik properties of material la senang cerita. Sebenarnya boleh kaitkan dengan banyak benda lagi, sebab kerusi yg kita sedang duduk ni pun merupakan material.


Banyak je lagi peluang kerja korang kalau ambil kos ni, tapi kalau korang nak tahu kena la masuk USM kejuruteraan dulu dan ambil course KEJURUTERAAN BAHAN 😁😁







You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images