PENGENALAN

06:52

Mineral & Material Engineering Society (MIMATES) dikenali sebagai sebuah persatuan pelajar Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral, Universiti Sains Malaysia Kampus Kejuruteraan. MIMATES telah ditubuhkan pada tahun 2000 dan ahli-ahlinya adalah terdiri daripada pelajar Pusat Pengajian Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM). Berikut merupakan objektif utama penubuhan Persatuan MIMATES :






  • Menjadi salah satu institusi pusat pengajian yang menggerakkan, mengeratkan dan mengukuhkan hubungan muhibah, kebajikan, kerjasama, persefahaman dan kesejahteraaan bekerja sesama ahli-ahli yang lain.
  • Mewujudkan graduan universiti yang seimbang dan cemerlang dalam segala aspek.
  • Menggalakkan semua ahli cenderung dalam aktiviti sosial dan masyarakat bagi meningkatkan nilai-nilai murni dalam diri.
  • Menjalinkan hubungan dan kerjasama yang baik dengan badan dan pertubuhan lain di universiti.


Hah! Itu kalau bahasa yang di copy paste sebijik dari laman web USM. Tapi kalau korang semua nak bahasa yang lebih mudah untuk difahami, korang boleh baca ayat dibawah :-

Okay MIMATES ni sebenarnya satu persatuan yang berada di bawah kelolaan school paling RARE dekat USM kejuruteraan ni. Okay, mesti korang pening pulak kan apa itu school? School ni bukannya sekolah yer adik-II sekalian. School ni macam fakulti la dalam bahasa mudah dia, tapi school ni istimewa sikit sebab dia specialize terhadap sesuatu bidang kejuruteraan yang terdapat di USM.

Okay fokus dekat MIMATES balik! MIMATES bermaksud Mineral Resources and Material Engineering Society. Ini merupakan persatuan rasmi untuk school kita yg mana ahli-ahlinya pun terdiri daripada pelajar yang mengambil jurusan di bawah school.

“Errmmm macam mana kalau saya dapat polymer engineering? Saya layak atau tak untuk jadi ahli MIMATES?”

Kepada sesiapa yg ada soalan macam di atas, jangan risau! Korang pun boleh jadi ahli MIMATES sebab polymer engineering pun merupakan jurusan yg ditawarkan under school kita.

Jadi itulah pengenalan sedikit terhadap apa itu MIMATES. Diharap anda semua dapat gambaran awal mengenai society ini =)



You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images