KEJURUTERAAN SUMBER MINERAL
00:03
Malaysia pada
dahulunya terkenal dengan pengeluar tin terbesar di dunia pada tahun 1980-an.Tanpa
kita sedari,terdapat pelbagai sumber mineral yang terkandung di negara
kita.Emas,bijih timah,logam,batu kapur,dan arang batu merupakan sebahagian
sumber mineral yang terdapat di Malaysia.Pada masa akan datang,Malaysia akan
kehilangan sumber yang bernilai ini jika tidak diuruskan dengan sempurna ( SCARYYYY!!!)
Oleh itu,Universiti
Sains Malaysia telah memperkenalkan program Kejuruteraan Sumber
Mineral. Program ini unik kerana USM merupakan satu satunya
universiti yang menawarkan program sedemikian di Malaysia (YESSS! ANDA TERSANGATLAH RAREEEEE!!)
Menjadi satu kebiasaan apabila ramai di antara kita tidak mengetahui kewujudan program ini. Jadi,artikel ini akan menerangkan sedikit sebanyak mengenai kursus yang ditawarkan oleh USM iaitu Kejuruteraan Sumber Mineral.

Pada masa kini,industri
terkemuka memerlukan khidmat jurutera yang berkemahiran tinggi untuk
meningkatkan ekonomi dan pengeluaran mereka dalam menguruskan lombong dan
kuari.Oleh itu,permintaan industri dan peluang pekerjaan amatlah tinggi untuk
graduan yang mengambil program ini.
Raub Australia Gold Mine,Petronas Carigali Sdn Bhd,Selinsing Gold Mine Manager Sdn Bhd dan Rahman Hydraulic Tin Sdn Bhd merupakan syarikat yang memerlukan graduan yang mengambil program ini.Kebanyakan para pelajar akan ditawarkan bekerja di syarikat-syarikat besar sebelum mereka bergraduasi.Dipendekkan cerita,tiada istilah ‘menganggur’ (melainkan kalau korang memang saja-saja menganggurkan diri anda/menggagalkan diri sewaktu belajar. huhuhu) untuk mereka yang memilih program kejuruteraan sumber mineral di USM.

Para mahasiswa
akan dibekalkan dengan pelbagai pengetahuan seperti pemprosesan
mineral,kejuruteraan perlombongan,geologi dan sebagainya.Program ini melibatkan
banyak latihan dan pembelajaran di luar kampus.Pelajar juga akan didedahkan
dengan kawasan perlombongan dan kuari melalui ‘site visit’ yang kerap kali
dijalankan setiap semestar.Oleh itu,Pelajar yang kurang gemar bekerja di dalam
pejabat dan menyukai pekerjaan yang lasak disarankan mengambil program ini.
Program ini juga
tidak hanya memfokuskan kepada pekerjaan seperti mining engineer
sahaja.Terdapat pelbagai cabang pekerjaan yang boleh diceburi seperti mineral
processing engineer, quarry engineer, blasting engineer, plant engineer, mine
or quarry manager, drilling engineer dan,research engineer.
Sampai sini saja maklumat yang diberi, kalau nak lagi best, apply la jurusan ni!!
Sampai sini saja maklumat yang diberi, kalau nak lagi best, apply la jurusan ni!!
1 comments
Memang best dan mencabar kerjaya sebagai jurutera lombong. Tapi keputusan SPM saya hanya cukup makan sahaja. Memang x layak la nak sambung belajar dalam bidang ni.
ReplyDelete