AKTIVITI-AKTIVITI MIMATES

06:31

JELAJAH MATRIKULASI : KMPP



Baru-baru ni, satu program telah dilaksanakan di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang yang di-handle oleh para pensyarah school. Berikut merupakan laporan program tersebut :




Kepala Batas, 17 Februari 2017- Penyampaian hadiah untuk pemenang dan peserta Pertandingan Menulis Esei bagi pelajar matrikulasi telah diadakan di Dewan Kuliah 1, Kolej Matrikulasi Pualau Pinang (KMPP). Majlis ini telah dihadiri oleh Timbalan Pengarah dan Ketua-ketua jabatan KMPP. Manakala Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral (PPKBSM) telah diwakili oleh Prof. Dr Ahmad Fauzi Mohd Noor, Prof Ir. Dr Mariatti Jaafar, Dr Shah Rizal Kasim, Dr Khairul Anuar Shariff, Dr Zuratul Ain Abdul Hamid, Dr Harieyani Zabidi dan En Muhammad Sofi Jamil. Seramai 12 penyertaan telah diterima dari KMPP. Di samping upacara penyampaian hadiah dan sijil, sesi taklimat promosi program Kejuruteraan Bahan, Kejuruteraan Sumber Mineral dan Kejuruteraan Polimer yang ditawarkan oleh PPKBSM turut diadakan.  Semoga promosi yang diadakan ini dapat menarik minat pelajar untuk memohon kemasukan ke program-program Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang ditawarkan oleh PPKBSM. 













HARI INTERAKSI MIMATES




Aktiviti ini merupakan aktiviti pertama yang dilakukan oleh MIMATES sidang 2016/2017. Hari Interaksi MIMATES diadakan bagi merapatkan hubungan antara para pelajar di bawah naungan Pusat Pengajian Kejuruteraan Bahan dan Sumber Mineral. Aktiviti ini telah diadakan di Kompleks Sukan USM Kejuruteraan pada hari Sabtu.
Pelbagai aktiviti dilakukan bagi mewujudkan semangat berpasukan dan juga ketahanan diri para mahasiswa. Aktiviti ini dikendalikan sepenuhnya oleh Exco Sukan.


Berikut merupakan beberapa gambar pada hari kejadian ;










You Might Also Like

0 comments

Popular Posts

Like us on Facebook

Flickr Images